NOR KHALEDA BINTI YUSOF

NOR KHALEDA BINTI YUSOF
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PAGESTO

Wednesday 3 June 2015

D.I.Y PROJECTS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada sem kali ini iaitu sesi 2 2014/2015, saya telah mengambil subjek HP iaitu HHHC9301 iaitu berkaitan dengan Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Zainuddin bin Ismail.

3 April 2015 : 8.00 p.m.
Satu perjumpaan telah diadakan oleh Ustaz Zainuddin bin Ismail di Dewan Kuliah 2 FPI bagi membincangkan dan menerangkan mengenai tugasan yang perlu kami lakukan dalam kursus ini.
Apa yang saya dapati, antara objektif  kursus ini bertujuan untuk


  1. Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
  2. Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri
  3. Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri.
Oleh itu, kami dikehendaki melakukan tugasan dengan memilih mana-mana jenis ilmu atau maklumat yang boleh digunakan sepanjang hayat. Saya telah memilih rakan saya, Raja Nor Ezzurien sebagai rakan setugas dalam menjayakan tugasan ini.

Seterusnya, kami telah mengadakan perbincangan dan menyenaraikan gerak kerja yang perlu kami lakukan. Kami telah menyenaraikan beberapa konsep dan idea sebagai pilihan untuk tugasan ini. Akhir sekali, kami telah bersepakat untuk memilih konsep D.I Y projects untuk tugasan kami. 


Lazimnya, D.I.Y ini menggunakan barangan terpakai sebagai bahan utama dalam menghasilkan sesuatu barangan lain yang berguna. Selain daripada ianya boleh menghasilkan barangan yang berguna, ianya juga lebih menarik dan paling penting, ianya sangat menjimatkan Duit anda !



No comments:

Post a Comment