NOR KHALEDA BINTI YUSOF

NOR KHALEDA BINTI YUSOF
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PAGESTO

Wednesday 3 June 2015

Contoh D.I.Y Project

1)


Bersempena dengan bulan puasa yang hampir tiba tidak lama lagi, sudah tentu masing-masing sudah tidak sabar untuk buat persiapan raya. Bukan sahaja diri sendiri saja yang hendak dihias, rumah pon perlu dihias dan di cat kerana ramai saudara-mara mahupun rakan taulan yang akan berkunjung ke rumah kita nanti. Oleh itu, untuk kelihatan lebih menarik dan ' rare' apa kata anda cuba cara di atas.

Bahan yang diperlukan :

1) Cat
2) Penyapu ( jenis rami)

Cara-cara:
1) Pilih warna cat kegemaran
2) Sapukan cat dengan rata
3) Lorekkan atau sapukan hujung penyapu rami pada dinding yang belum kering catnya
4) Siap !

Dengan cara di atas, ianya bukan sahaja menjimatkan wang anda dari membeli wallpaper yang mahal, malahan anda juga akan mendapat pujian dari tetamu yang bertandang ke rumah anda :)

2)


Bosan dengan hiasan rumah yang sama setiap tahun? Takde budget yang mencukupi untuk membeli hiasan baru pada dinding anda ?

Apa kata anda cuba cara mudah dan senang. Sediakan bahan-bahan berikut.

Bahan-bahan:

1) Canvas frame ( Plain canvas)
2) Cardboard tube 
3) Water colour
4) Berus warna

Cara-cara:
1) Ambil  canvas frame yang tidak bercorak
2) Penyekkan sedikit cardboard tube untuk mendapatkan bentuk bujur
3) Gunting cardboard tube kepada beberapa kepingan
4) Susun cardboard tube mengikut corak dan gaya anda tersendiri
5) Ambil water colour yang telah dicampur dengan air ( sedikit sahaja air agar warna tidak terlalu    cair)
6) Warnakan di atas canvas mengikut susunan cardboard tube
7) Siap untuk dihias !

Cara di atas bukan sahaja menarik, malah ianya sangat menjimatkan dan boleh mengisi masa lapang anda dengan perkara yang berfaedah.



Antara contoh-contoh produk hasil daripada D.I.Y project yang sangat comel dan menarik :





Berikut adalah link video project D.I.Y yang saya ambil dari Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=-fUzOa-skKg


Menarik bukan? Kalau tangan anda berseni, pasti sentuhan anda pada barangan terpakai mampu membuatkan ianya kelihatan Awesome!.  Oleh itu, rajinkan diri anda untuk mempelajari ilmu ini. Walaupun ia kelihatan mudah, tapi ianya mungkin bernilai. Mana tahu anda boleh buka bisnes D.I.Y pula selepas ini :D

Akhir sekali, SELAMAT MENCUBA .







No comments:

Post a Comment